Kelas Microsoft Word & Klik Dengan Bijak (KDB)
13 Mac 2016 | Aktiviti TerkiniKelas Microsoft Word dan Klik Dengan Bijak (KDB) ini telah diadakan pada hari Sabtu, 12 Mac 2016 bertempat di Bilik Latihan PI Krokong. Kelas ini telah disertai oleh 7 orang pelajar sekolah menengah yang berasal dari Kg. Krokong.
Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta asas penggunaan MS Word, dan mendidik para peserta supaya menggunakan internet dengan selamat, waspada dan bertanggungjawab.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: